Saturday 24 January 2015

talam bermuka infiniti


terima kasih sebab kau dah pernah ajar aku benda yang tak pernah aku kenal sebelum ni. 

makin lama aku kenal kau, makin aku kenal apa itu sebenarnya talam dua muka. bukan setakat dua muka, bermuka-muka laa senang cerita. dia ibarat decagon yang ada 10 surfaces. macam tuu laa jugak kau agaknya. atau mungkin kau ibarat diamond?? diamond yang mungkin ada infinity surfaces yang bertujuan hanya untuk memaksimumkan reflection of light dan seterusnya menghasilkan kilauan yang pelbagai.

sekali terkena, aku masih boleh terima lagi. tapi aku tak bodoh dan bendul untuk tertipu mentah-mentah dengan kebaikan yang dihidangkan di depan mata. sebab aku tak nak membazir masa mengulangi kesilapan. mungkin kau tak sedar atau mungkin juga insan yang lain belum masak dengan lakonan 'mantap' kau tuu. tapi aku bukan mereka. sebab aku dah mula nampak siapa kawan dan siapa sahabat.

kawan.
selalu ada bila gembira. teman kau mungkin sepanjang masa.
tapi at certain point, bila mana kau perlu kan 'kawan' kau tuu, dia akan cuba create 1001 alasan untuk melepaskan diri.
mungkin juga dia hanya sekadar memujuk kau untuk bertenang di kala kau keresahan dan kegelisahan yang teramat kerana kau kehilangan sesuatu yang berharga.
walau kau cuba untuk jadi sahabat yang terbaik, kau mungkin akan rasa yang dia hanya mempergunakan kau di saat dia memerlukan.

tapi sahabat..
dialah yang sanggup tolong kau di kala tiada siapa yang menawarkan diri untuk membantu kau.
dia yang sanggup bersiap dengan segera bila kau memerlukan pertolongan di saat yang mencemaskan.
dan dialah yang kau mungkin tak expect untuk datang di saat kau kesusahan.

betul laa kata orang. penampilan tak 100% menggambarkan peribadi individu. penampilan yang baik tak semestinya membawa peribadi yang utuh yang dipacak pada dasar yang kukuh.

dan betul lahh tekaan aku. sahabat tuu sebenarnya tak pernah mengira batas kaum mahupun agama. sebab kini aku mulai mengerti segalanya.

terima kasih sebab sudi mengenalkan aku apa itu 'talam' sebenarnya.


"don't let someone be priority in your life,
when you're just an option in their life.."

and yes, i won't make the same mistake again, friend.

assalamualaikum.
adios..


No comments:

Post a Comment