Wednesday 25 March 2015

sabarlah wahai hati

suka..
hati satu kata
kata yang mampu dibentuk dengan pelbagai cara
juga membawa seribu makna.

tapi
kepelbagaian yang dibawa
kekadang menyulitkan insan
ibarat benang yang tersimpul rapi
cuba untuk meleraikan
bukan untuk memutuskan.

sulit
memang begitulah caranya
kesakitan yg dirasai bagaikan rutin
ikatan masih cuba dileraikan 
walau gunting dihulurkan
untuk memudahkan.

tapi apakan daya
insan hanyalah insan
masih setia walau dirobek hatinya
walau ditoreh tanpa direla
kerana itu lah yang memberi makna.

tapi percayalah
suatu saat nanti
bila sudah tiba waktunya
bila sudah didengar serunya
dia akan kembali
kembali seperti sedia kala
menjalani norma kehidupan seorang insan.

kerana sekarang
dia masih mencari
mencari jalan keluar kesengsaraan
yang kau anggap "sejati"
sukanya mungkin mampu hayati
tapi lukanya belum tentu mampu engkau telusi.

kerana sekarang
aku masih terus mencari
bagaikan seorang anak kecil
yang tersesat saat berjalan sendiri
mencari sinar, meninggalkan sirna
yang kian merosakkan hati.

berdoalah aku agar terus utuh hingga ke akhirnya.


sabarlah wahai hati.
tiada daya selain Dia.
ingatlah hati mu milik Dia.
jangan tersilap memberi.
jangan sehingga sukar diubati.
jagalah dengan seupayamu
hinggakan ke detik yang terakhir.. 

No comments:

Post a Comment