Sunday 23 March 2014

Kerana aku adalah layang-layang



Mutiara Motor.
Lalu di mutiara motor buat aku bahagia. Dekat tapi jauh, itulah hakikatnya. Lalu tapi hanya sekilas pandang. Mungkin hanya sebagai halwa mata, sapaan hati buat seketika.

Ya, kerana aku tahu aku bukanlah seekor burung yang mampu terbang bebas tak bertuan. Aku tak mampu hinggap di mana-mana yang aku suka tika lelah menyapa diri.


Kerana aku hanyalah sekadar layang-layang. Aku mampu terbang tika angin mula berkawan. Tapi aku sentiasa terikat pada seutas tali yang setia teguh menemaniku. Tali yang tak pernah putus walau setinggi mana aku terbang.

Aku tak pernah menyesal kerana tali itulah yang sentiasa mengingatkan aku tentang keberadaan tanah walau sejauh samudera aku rentasi. Tanah yang sentiasa memautku dikala angin menjadi musuh, di kala aku rebah kerana kelalainku sendiri.

Tapi aku tak pernah memarahi angin. Angin itulah yang sentiasa menampar ku, di kala aku terlalu selesa berada diawang-awangan. Dan angin itulah yang sentiasa mendorong aku untuk terus melakukan perjalanan, dekat mahupun jauh.

Aku tak pernah menyesal dikawal tali walau kadang-kala perjalanan ku disekat. Kerana tali tak pernah bosan menemaniku di sepanjang jalan.


Kerana aku adalah layang-layang. :)


adios.
assalamualaikum.

Wednesday 19 March 2014

Debaran Result SPM



assalamualaikum pembuka bicara,
tarikh keramat membawa makna,
debaran kini kian terasa,
debar menunggu result spm tiba.

20 mac 2014. satu tarikh yang bagi aku.. entah laa. susah nak digambar kan dengan kata-kata sebenarnya. spm dah hadap. sekarang ni, tunggu result je laa.

kadang-kadang, aku rasa takut. aku takut sebab aku tau aku tak buat sehabis baik masa spm (kot). aku tau, aku banyak main-main sebenarnya (agaknya laa). tapi nak buat macam mana kan. benda dah terlewat untuk aku ubah segala-galanya. so, nak tak nak, hadap je laa.



samurians batch 30. disandarkan harapan sebagai batch pencipta sejarah. target gred purata sekolah kurang daripada 1.2. harap-harap semua nya menjadi kenyataan laa. usaha dan ikhtiar segala telah terlaksana sepanjang dua tahun aku menuntut kat samura. sekarang ni, tinggal doa dan tawakal je. moga-moga Allah makbulkan doa, impian dan cita-cita kami, seluruh warga samura. aminn..




to all my beloved friends..
samurians,
bestone,
and cekapians..

setelah apa yang kita semua tempuh kat samura.
suka, duka..
tangis, tawa.
penat, lelah..
payah, perit..
takut, gembira..
sukan, belajar..
agama, dunia..
semua laa yang kita lalui kat samura..

i wish you all best of luck. may victory be ours.
331 SPM candidates of samura..
let us be the PENCIPTA SEJARAH.
insyallah. aminn.




SAMURA.
MOGA NAMAMU SENTIASA TERJULANG.



mama, papa.
when the time comes,
and the result release,
i don't care for my feelings anymore.
yours are more important for me.

sincerely, qila.

adios.
assalamualaikum.