Sunday 23 March 2014

Kerana aku adalah layang-layang



Mutiara Motor.
Lalu di mutiara motor buat aku bahagia. Dekat tapi jauh, itulah hakikatnya. Lalu tapi hanya sekilas pandang. Mungkin hanya sebagai halwa mata, sapaan hati buat seketika.

Ya, kerana aku tahu aku bukanlah seekor burung yang mampu terbang bebas tak bertuan. Aku tak mampu hinggap di mana-mana yang aku suka tika lelah menyapa diri.


Kerana aku hanyalah sekadar layang-layang. Aku mampu terbang tika angin mula berkawan. Tapi aku sentiasa terikat pada seutas tali yang setia teguh menemaniku. Tali yang tak pernah putus walau setinggi mana aku terbang.

Aku tak pernah menyesal kerana tali itulah yang sentiasa mengingatkan aku tentang keberadaan tanah walau sejauh samudera aku rentasi. Tanah yang sentiasa memautku dikala angin menjadi musuh, di kala aku rebah kerana kelalainku sendiri.

Tapi aku tak pernah memarahi angin. Angin itulah yang sentiasa menampar ku, di kala aku terlalu selesa berada diawang-awangan. Dan angin itulah yang sentiasa mendorong aku untuk terus melakukan perjalanan, dekat mahupun jauh.

Aku tak pernah menyesal dikawal tali walau kadang-kala perjalanan ku disekat. Kerana tali tak pernah bosan menemaniku di sepanjang jalan.


Kerana aku adalah layang-layang. :)


adios.
assalamualaikum.

No comments:

Post a Comment