Sunday 22 February 2015

keputusan hidup

tau tak keputusan apa yg paling susah untuk dibuat dalam hidup?

mesti lah keputusan untuk kehidupan kau.

contohnya nak apply universiti mana, COUSE APA..

hah. dan itulah yang aku hadapi skrg. punya lah payah nak pikir sampai cuti CNY ni aku habeskan masa depan laptop je, pikir pasal permohonan upu. nak short-list course lagi. payah weyhh sebenarnya. lagi-lagi kalau spesies yang macam aku ni. dah laa takde cita-cita. hidup ikut flow jee.

tapi kalau hidup ikut flow jee pun, tak semestinya kau kau tak perlu pikir tau. at least da kena pikir arah tujuan hidup kau tuu ke arah apa. subjek apa yang paling minat. kerja apa yang kau sanggup buat. kau suka persekitaran kerja yang macam mana. sebab at the end, kau sendiri yang kena survive dengan degree yang kau pegang tuu.

so even kau spesies yang macam aku (follow the flow), kau tetap kena aim something yang kau betul-betul minat. start dari subjek yang belajar sampailah cara kerja yang kau suka.

kalau macam aku, aku rasa subjek yang setakat ni konsisten. physics kot. selain daripada maths laa. and aku jenis manusia yang tak suka serabut-serabut. tak suka panas. suka benda organise depan mata. kurang dari segi interaksi dengan orang lain.

so, at last, aku decide to go on biomedical science. tuu pilihan pertama laa. second, farmasi. sebab aku rasa kerja dia menarik. tengok list subjek pun boleh tahan jugak. and third would be engineering. specifically on aeronautik laa. sebab aku suka kapal terbang. aku rasa nak explore lagi tentang kapal terbang.

kalau ada rezeki kat mana-mana, doa-doa lah dapat. da penat da aku penat and mengisi borang upu jadah bagai ni. tapi aku harap-harap sangat course yang aku dapat nanti, betul-betul sesuai dengan jiwa aku. supaya nanti aku tak rasa menyesal and berat masa belajar and importantly masa kerja nanti. sebab kerja, kita tak tau sampai bila kan. mungkin sampai tua. so, harap-harap lah dapat something yang betul-betul suits dengan jiwa aku. insya allah



ni selingan je ni. tergelak-gelak aku sorang-sorang dalam bilik masa pikir pasal upu.
ni smua gara-gara lawak-lawak diaorg ni. haha

adios

Thursday 19 February 2015

keindahan yang lalu di depan mata

tahu tak bila masa yang buat kau rasa betul-betul rasa down dalam sesuatu yang kau perjuangkan?

bila kau tahu kau akan kalah sebelum bertanding.



tapi sebab apa kau tak teruskan perjuangan kau tu? biar kalah bermaruah.

sebab kau tahu perjuangan kau tuu memang semata-mata sia-sia. jadi buat apa perjuangkan dan bazirkan masa kau untuk sesuatu yang terang-terang merugikan kau kan? 



aku da tahu semua tuu. aku dah faham semua tuu. tapi aku masih tak faham lagi kenapa aku masih kecundang dan terus mengalirkan sesuatu yang sudah pasti sia-sia setiap kali nampak benda yang sama depan mata.

mungkin sebab aku tak pernah nak belajar dari kesilapan. aku tak serik. atau mungkin juga aku belum nak mengaku kalah walaupun aku tau kat hujung nanti aku tetap akan kalah dan meneruskan langkah perseorangan.

mungkin orang lain takkan faham. tipu lah kalau kawan aku cakap dia faham aku. sebab aku sendiri pun tak faham aku. jadi, macam mana orang lain boleh kenal aku kan? tak logik.

dunia. tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. kadang-kadang yang pergi tak diduga dan yang datang tak dijangka. mungkin yang datang kemudian tuu tak sehebat yang sebelumnya. tapi mungkin juga kekurangan yang ada tuu sebenarnya lebih melengkapkan diri kau yang sebenarnya. sebab bagi aku melengkapkan tuu tak sama dengan menyempurnakan. kesempurnaan yang ada tanpa konsep melengkapkan, sebenarnya sesuatu yang 'lebih' tapi 'kurang'. mungkin cukup sempurna pada mata insan tapi tiada timbul sifat melengkapkan untuk diri kau sendiri.

macam tuu laa jugak apa yang aku cuba sampaikan. mungkin aku terlalu mencuba untuk menjadi yang sempurna sehinggakan aku terlepas semua keindahan yg pernah lalu di depan mata. keindahan yang tak pernah aku hiraukan walau seketika.

kerana aku hanyalah insan. dan banyak lagi yang belum aku belajar apa itu kehidupan.


keindahan yang lalu di depan mata

"jangan pernah lepaskan semua keindahan yang lalu di depan mata meskipun 
hanyalah satu persinggahan buat sementara"

adios