Tuesday 9 December 2014

pspm results going to be release tomorrow!!

woi orang kampung!!! esok results pspm 1 release woii!!
padahal takde kampung pun. wkwk

hahaha. alahaii. matilanakkkk oiii. esok results pspm1 pulakk kluar daa. tapi aku tak letak harapan apa apa pun kat sem 1. aku tau betapa tunggang langgangnya hidup aku sem lepas. macam survival da. haahha.



ni semua antara muka muka yang bakal dapat results esok ni. 
cuak takk??

nvm babes and dudes. anything happen, we'll face it together ok?? let's prepare for the worst and hope for the best ok??

memandangkan results diberi lepas habis kelas, harap harap takde orang laa yang tibe tibe demam or lupa jalan nak g kelas esok ye. yang paling penting, jangan lupa bernafas dudes. nervous, nervous gak. tapii try to relax. jangan gelabah sangat sampai fikiran melayang kemana mana mase kelas esok. fokus fokus FOKUS.

aku tau semua orang dah buat yang terbaik masa pspm lepas. and ofc semua orang pun harapkan yang terbaik untuk results. but then, percaya pada percaturan allah tuu lebih baik. sebab kadang kadang..

                               "Allah sembunyi kan matahari. Dia datang kan guruh dan hujan. 
                                 tapi bersabarlah. kerana selepas beraraknya awan hitam, Allah 
                                               berikan kehadiran pelangi yang indah.."

sebab sabar tuu indah jika kita nikmati. ibarat masa kau nak makan lollipop laa senang cerita kalau nak cerita pasal berkat kesabaran ni. mula mula kau kena bukak plastik lollipop tuu. tapi adatlah lollipop, ada plastik yang senang nak bukak tapi ada jugak plastik yang susah nak bukak. tapi at last, tak kira laa berapa lama or berapa banyak lollipop yang kau try bukak, akhirnya mesti ada satu yang kau berjaya bukak kan?? so, itu laa masa yang paling best sebab masa tuu, kau da boleh rasa kemanisan tuu.

macam tuu laa jugak dengan sabar. kalau kau sabar dengan segalanya dugaan dan perjalanan yang dah ditetapkan untuk kau, suatu hari nanti, mesti kau akan rasa bahagia jugak. no worries sayang sayang ku sekalian. all is well bak kata omputih.

apa-apa pun, kita doakan lah yang baik baik je. sebab doa tuu power tau.
mohon doakan yang terbaik untuk semua..

adios.


Friday 5 December 2014

kerana aku hanyalah seorang insan : hati yang terluka

assalam..

pernah tak korang rasa korang dikhianati walaupun orang yang kau sayang tuu tak pernah tahu pun tentang keweujudan kau??

mungkin aku da tersilap langkah sejak dari awal lagi
mungkin aku yang terlalu meminati tanpa aku sedar aku da pun terjatuh
mungkin aku yang terlalu berangan-angan tentang kewujudan nya sebuah persilangan takdir

tapi..
aku hanya lah seorang manusia biasa
aku tak mampu menegah sesuatu yang tak pernah aku undang kehadiran nya
rasa senang dalam hati sememangnya hanya lah satu permainan perasaan yang tak pernah aku mahukan
permainan perasaan yang ada naik dan turun nya

mungkin ada ketikanya aku alpa dengan pengalaman lalu
beberapa kali terjunam tanpa mengambil iktibar yang sepatutnya
mungkin meraka akan berkata

"apa yang kau susahkan sangat?? banyak lagi kat luar tuu. lagi pun taraf kita ngan dia memang jauh gila"

ataupun..

"weyhh. berangan je laa. impossible untuk kau dapat dia. setakat minat boleh laa"

atau mungkin juga..

"ehh?? dia ramai peminat laa. kau tuu cuma salah satu peminat dia yang tak pernah dia tahu kewujudan tau"

tapi...
arghh. susah bila berbicara soal hati
kau takkan pernah faham apa yang ada dalam hati seseorang sungguh pun kau benar-benar mengenalinya
kerana dalam setiap hati, ada tersoroknya satu kotak simpanan rahsia yang terlalu rahsia
rahsia dan konflik yang tak akan kau pernah fahami walaupun digali
biarlah ianya menjadi sebuah rahsia yang lengkap tersimpan rapi
kongsian hati dan penciptanya..

mungkin....
da tiba masanya untuk aku membuka mata dan membuang semua 'buku-buku' lama
sudah tibanya masa untuk aku turn on the new leaf bak kata omputih
kerana setiap yang bermula itu pasti ada pengakhirannya
begitu juga lah dengan sebuah kisah
sebuah kisah yang hanya aku fahami sehingga kini

mungkin ada baiknya aku menjadi seperti dahulu..
meminatinya kerana lawak-lawak nya..
bukan nya mengambil tahu tentang semua hal peribadi dan gerak-gerinya...

aku yang bersalah
kerana membenarkan hal yang serupa terjadi sebanyak 2 kali dalam sejarah hidup aku

(mungkin lebih sesuai kalau aku cakap berkali-kali)

kerana aku belum mempelajari setiap kesilapan yang pernah aku lakukan dulu
setiap liku-liku kehidupan yang penuh dengan segala kerikil dan duri yang kejam 
walaupun aku berhati-hati, pernah juga aku tersilap dalam membuat perkiraan sendiri

kerana aku hanyalah seorang insan biasa...


aku akan menjadi normal semula.

let the time sweep everything away..

biar semua berlalu~
biar sakitnya sembuh~~

#MNZA #jep 


kawan..
dengarkanlah ini cerita..
titipkan pesanan kepada hatimu..
jangan pernah biarkan ia terluka oleh kesilapanmu sendiri..

adios..




kehidupan baru : matrik

halooooo..

rasa macam da lama sangat tak berusik blog ni. last update mse cuti-cuti SPM je kot. hehe. lama sangat da tuu sebenarnye. kalau kucing mengandung pun, anak dia da pandai cari makan sendiri da kot. hehe. mengada je nak ber'umpama' pulakk.




so, these are my new classmates!!

takde laa baru sangat sebenarnye. da masuk second sem da ni. actually da masuk last semester da pun. kmj punya produk maaaa. lai laii. 

sekejapnye rasa nya kat matrik ni. tup tup da last semester. haishhh. and aku still lagi tak sedar-sedar diri lagi da tua bangka. approximately lagi sebulan nak masuk 19 da. walawei. pastu 20 pulakk. aduhhhh. da 2 series pulak nanti. masa tak pernah berhenti apatah lagi berundur. umur sentiasa meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain. tanpa ada chance untuk pause or undur setapak, redah je laa apa susahh. hahaha

so anggap je laa post kali ni sebagai satu hebohan yang aku da masuk ke stage kehidupan yang baru. stage yang baru yang bakal menjadi lebih baru bila aku da abes matrik ni.

adios..


Sunday 23 March 2014

Kerana aku adalah layang-layang



Mutiara Motor.
Lalu di mutiara motor buat aku bahagia. Dekat tapi jauh, itulah hakikatnya. Lalu tapi hanya sekilas pandang. Mungkin hanya sebagai halwa mata, sapaan hati buat seketika.

Ya, kerana aku tahu aku bukanlah seekor burung yang mampu terbang bebas tak bertuan. Aku tak mampu hinggap di mana-mana yang aku suka tika lelah menyapa diri.


Kerana aku hanyalah sekadar layang-layang. Aku mampu terbang tika angin mula berkawan. Tapi aku sentiasa terikat pada seutas tali yang setia teguh menemaniku. Tali yang tak pernah putus walau setinggi mana aku terbang.

Aku tak pernah menyesal kerana tali itulah yang sentiasa mengingatkan aku tentang keberadaan tanah walau sejauh samudera aku rentasi. Tanah yang sentiasa memautku dikala angin menjadi musuh, di kala aku rebah kerana kelalainku sendiri.

Tapi aku tak pernah memarahi angin. Angin itulah yang sentiasa menampar ku, di kala aku terlalu selesa berada diawang-awangan. Dan angin itulah yang sentiasa mendorong aku untuk terus melakukan perjalanan, dekat mahupun jauh.

Aku tak pernah menyesal dikawal tali walau kadang-kala perjalanan ku disekat. Kerana tali tak pernah bosan menemaniku di sepanjang jalan.


Kerana aku adalah layang-layang. :)


adios.
assalamualaikum.

Wednesday 19 March 2014

Debaran Result SPM



assalamualaikum pembuka bicara,
tarikh keramat membawa makna,
debaran kini kian terasa,
debar menunggu result spm tiba.

20 mac 2014. satu tarikh yang bagi aku.. entah laa. susah nak digambar kan dengan kata-kata sebenarnya. spm dah hadap. sekarang ni, tunggu result je laa.

kadang-kadang, aku rasa takut. aku takut sebab aku tau aku tak buat sehabis baik masa spm (kot). aku tau, aku banyak main-main sebenarnya (agaknya laa). tapi nak buat macam mana kan. benda dah terlewat untuk aku ubah segala-galanya. so, nak tak nak, hadap je laa.



samurians batch 30. disandarkan harapan sebagai batch pencipta sejarah. target gred purata sekolah kurang daripada 1.2. harap-harap semua nya menjadi kenyataan laa. usaha dan ikhtiar segala telah terlaksana sepanjang dua tahun aku menuntut kat samura. sekarang ni, tinggal doa dan tawakal je. moga-moga Allah makbulkan doa, impian dan cita-cita kami, seluruh warga samura. aminn..




to all my beloved friends..
samurians,
bestone,
and cekapians..

setelah apa yang kita semua tempuh kat samura.
suka, duka..
tangis, tawa.
penat, lelah..
payah, perit..
takut, gembira..
sukan, belajar..
agama, dunia..
semua laa yang kita lalui kat samura..

i wish you all best of luck. may victory be ours.
331 SPM candidates of samura..
let us be the PENCIPTA SEJARAH.
insyallah. aminn.




SAMURA.
MOGA NAMAMU SENTIASA TERJULANG.



mama, papa.
when the time comes,
and the result release,
i don't care for my feelings anymore.
yours are more important for me.

sincerely, qila.

adios.
assalamualaikum.




Wednesday 26 February 2014

Ohhh Pak Cik Karipap..

Assalamulaikum.

Karipap. Manusia ni ibarat karipap. Dalam dunia ni ada macam-macam karipap. Karipap kentang, karipap sardin, karipap keladi dan macam-macam lagi laa. Hah. Tak lupa jugak, karipap biasa and karipap pusing. Senang cerita, macam-macam karipap laa dalam dunia ni. Macam tuu jugak manusia. Humans.

Basically, dari segi luaran nya, semua karipap ni sama je bentuk dia (kecuali laa karipap pusing.mungkin lain sikit dari karipap biasa). Kita boleh kategori kan semua karipap ni mengikut inti dia. Tapi bila semua karipap-karipap ni da bercampur-aduk, orang yang buat karipap tuu pun boleh confius nak asing kan karipap tuu balik macam mana kan?? Kalau nak makan pun, kita pun redha je laa dengan inti apa yang kita dapat. Betul kan, u'olls??


Macam tuu laa jugak dengan manusia. Manusia ni semua nya sama je kalau tengok dari luaran. Ada mata, hidung and semua laa. Tapi kita tak pernah tau apa ada dalam hati seseorang kan?? Walaupun dari luar someone tuu nampak happy je, tapi mungkin dia tengah sedih dalam hati. Atau mungkin tengah stress fikirkan pasal permohonan UPU, matriks and KEPUTUSAN SPM yang bakal release tak lama lagi (aku ni macam cakap dengan cermin je. hehe). Tak de siapa yang tau selain Maha Pencipta.

So, memandangkan kita ni semua ibarat karipap yang sama je dari segi luaran, jangan laa kita sibuk dok mengata dan memburukkan inti yang lain. Sebab mungkin jugak inti yang lain tuu adalah inti kepunyaan saudara or kawan rapat kita sendiri. Mungkin jugak inti karipap yang kita dok kutuk-kutuk selalu tuu akan menjadi kegemaran kita suatu hari nanti. Got it??


mungkin jugak inti yang kita dok ngutuk-ngutuk dan benci-benci tuu sebenarnya kawan rapat or mak bapak kita sendiri (this is even worse. more than worse i could say).

so, renung-renung kan lahh.

Baca, fahami dan hayati maksud nya.

Adios.
Assalamualaikum.


Sunday 9 February 2014

Pikir Sampai Pecah

assalamualaikum pembuka bicara,
buat penyeri segala kata,
penulis dan pembace sekaliannya,
moga diberkati sepanjang masa.

cewahhhh. baikk tak pantun tuu?? spontan tuu tau aku buat. alhamdullillah. setelah sekian lama blog ini dipinggirkan, akhirnya di'update' buat sekian kalinya. bukan tak terfikir nak update sebelum ni, tapi rasanya kalau update benda yang tak de isi pon tak berguna jugak kan?? no points pon kalau cakap bende" yg tak berkaitan sangat ngan diri. haha.

sebenarnya, aku dah lama fikir pasal ni. pasal permohonan upu. tbh, aku tak tau nak mohon bidang apa. susah orang yang tak de cita" ni. aku da discuss ngan kakak" and ofc diri sendiri. siap buat monolog ngan diri sendiri tiap" hari lagi. bukan apa. aku rasa tuu salah satu teknik yang aku guna pakai selama ni untuk improve and kenal diri aku sendiri. jgn anggap aku gile pulak ek? yupp. and i haven't get any solutions of that. HAVEN'T not DIDN'T. it's two different meaningful words. means, insyallah i'll get the answer soon or later. because i still hv faiths on Allah. segala nya pasti akan menjadi mudah bila kita percaya pada ketentuan ilahi.

haishh. poning da den pikir ni. tiap" hari duduk depan lappy, search something useful for me. something that really into me. tp entah laa. mcm takut pulakk sebenarnya. yang aku tau sekarang ni, aku suke maths. i do love maths rather than other subjects. kalau language, memang aku out awal" lagi. hah. senang cerita macam ni laa.

out:
-language
-law
-computer and ICT
-mascom
-pendidikan
-gases, oil, electric, electronic

in:
-something that include maths skill
-not too solitary and not too socialize
-not on-call for 24/7
-something that fun and i enjoy doing it everyday

erghh. susah laa kalau macam ni. macam tak jelas kan?? aku pernah terfikir nak amek macam najiah (my sis). dia amek quantity survey. tapi masalahnye, aku tak de basic langsung kat situ. aku cume ada basic for pure science je. semua jenis lukisan aku tak tau. kalau amek accountancy, aku pon tak de langsong basic kat situ. sbb mase form 1 sampai form 3, aku amek kemahiran teknikal. bukan perdagangan.

kalau medic pulakk...entah laa. aku tak rasa passion aku ke arah medic sebenarnya. kalau setakat benda" berkaitan perubatan, setakat nak explainkan sikit" tuu boleh laa. sbb bio memang boleh pikir gune logic je sebenarnya. kait" kan je semua yang berkaitan ngan sistem badan. goreng sikit explanation tuu, jadi laa. tapi kalau nak suruh qila umphhh ngan medic and hv a life as a doctor for my whole entire life, tak kot. da laa tak de bende yang berkait ngan my favourite which is math. tuu yang payah sekarang ni.

sekarang ni, aku cuma bolehh bergantung pada YANG SATU je. tapi usaha tuu tetap aku teruskan, discuss ngan kakak, bace bende" yang berkaitan ngan future kat internet, try to discover myself everyday. moga" allah beri aku petunjuk n gerak hati yang betul laa dalam pada kekusutan aku ni. insya allah.
.
"kalau faham pasal takdir, jangan pernah menyesal.
sebab hidup pun ada turun naik.."
-jep sepahtu-

pinjam kata" ni ye. tq for the very inspirational words from you, jep.

gambo ni diambil masa tunggu giliran nak masuk terowong bijih timah kat pahang. :)

assalamualaikum..
semoga kita dapat bertemu,ye awak. :)

Thursday 23 January 2014

The First Attemption

assalamualaikum.

so, this is my first post on this blog. cewahhh. ckp omputih katekoo. haha!! sbnrnye x de idea ni nk tulis ap. buat blog ni pon saje2 je. saje nk isi mase lapang sementare jd penganggur kehormat lepasan espiyemm ni. nk keje pon mcm x sempat je. ni da cukup serabut da pikir pasal course ap yg patut aq pilih untuk pemohonan upu. haishh. ap laa nk jd aq ni.

monoloq konon. puihhh. xde sape pon kesahh. xD

ok. aq da start mereng da ni. jgn layan sgt aq ni. kang betol2 jd mereng kang. hahaa. so, esok plan nk g bsn n beli nombor pin untuk pemohonan upu tuu. tp aq x tido2 sampai skrg ni. jam menunjukkan sudah 5.09 pagi. haa. x membongak ni. erm. hrp2 plan esok tuu menjd laa. nk suruh kakak aq ni teman aq cari keje sekali. nk buat part time je laa rsenye. sbb kalo hari2 sek adek aq yg kecik tuu xde sape nk jge pulakk. baju sek adek2 aq lagi nk kene gosok. haishh. nmpknye terpakse laa aq jd org gaji x brbayar sepanjang pengangguran aq ni.

haa!! nk tau x?? sejak akhir2 ni, aq ad minat sorang mamat ni. sweet wei muke wa ckp sama luu. dengor cite ramai gak pompuan yg melting tgk dye. haa. nme 'Que Sos Tomato' tuu pon ad kene mengene ngan mamat tuu. erm. mcm pelikk kn?? tau pon. aq pon rse pelikk sbnrnye. mne laa dpt 'Que Sos Tomato' tuu. da mcm nme brand. tp seriously laa, aq minat mamat tuu sampai tahap aq sanggup tukar wallpaper phone aq. senyuman dia tuu yg tak menahan. even mak aq pon tau aq dok tergile-gilekan mamat tuu. arr. sbnrnye, mcm seluruh family aq da tau yg aq minat mamat tuu. gilekan?? then setiap kali aq unlock phone aq, aq akan senyum sampai pusar kepale laa. haa. selalu nye senyum sampai telinge kn?? ni lagi dahsyat, sampai pusar kepale. arr. melting melting.

haa. anda mahu tahu siape jejake manis tersebut?? tunggu di keluaran post yg akan datang...

mcm laa ad org bce blog aq ni. puihh. xD


tiddles!! assalamualaikum.

-qila-