Wednesday 25 March 2015

sabarlah wahai hati

suka..
hati satu kata
kata yang mampu dibentuk dengan pelbagai cara
juga membawa seribu makna.

tapi
kepelbagaian yang dibawa
kekadang menyulitkan insan
ibarat benang yang tersimpul rapi
cuba untuk meleraikan
bukan untuk memutuskan.

sulit
memang begitulah caranya
kesakitan yg dirasai bagaikan rutin
ikatan masih cuba dileraikan 
walau gunting dihulurkan
untuk memudahkan.

tapi apakan daya
insan hanyalah insan
masih setia walau dirobek hatinya
walau ditoreh tanpa direla
kerana itu lah yang memberi makna.

tapi percayalah
suatu saat nanti
bila sudah tiba waktunya
bila sudah didengar serunya
dia akan kembali
kembali seperti sedia kala
menjalani norma kehidupan seorang insan.

kerana sekarang
dia masih mencari
mencari jalan keluar kesengsaraan
yang kau anggap "sejati"
sukanya mungkin mampu hayati
tapi lukanya belum tentu mampu engkau telusi.

kerana sekarang
aku masih terus mencari
bagaikan seorang anak kecil
yang tersesat saat berjalan sendiri
mencari sinar, meninggalkan sirna
yang kian merosakkan hati.

berdoalah aku agar terus utuh hingga ke akhirnya.


sabarlah wahai hati.
tiada daya selain Dia.
ingatlah hati mu milik Dia.
jangan tersilap memberi.
jangan sehingga sukar diubati.
jagalah dengan seupayamu
hinggakan ke detik yang terakhir.. 

Wednesday 4 March 2015

facing the fails

patah balik masa 2 march 2015.

result UPS semester 2 keluar. perjuangan terakhir untuk UPS di matrikulasi, before face the final PSPM laa. entah laa. masa hari tuu, aku tak rasa apa pun. debar pun tak. aku bangun macam biasa. makan macam biasa. semua macam biasa. aku rasa biasa. masa tunggu giliran nak ambil result, aku relax gilaa kot. tak rasa apa pun.

tapi macam biasa laa. setiap kali aku rasa relax masa ambil result, mesti ada something buruk yang berlaku. result aku turun. aku cuma dapat A untuk physics je. B+ untuk math and biology. B- untuk chemist. pointer cuma manage dapat 3.33. the killer subject dari zaman samura lagi, chemistry. haishh.

at first aku ok je. aku jalan macam biasa menuju ke arah blok kediaman aku, blok D al-razi. sampai kt tgh jln tiba-tiba aku rasa lain macam, aku lajukan langkah ke arah bilik aku. naseb baik tingkat satu je. sampai bilik, aku settle down. pandang locker, and for suddenly i broke into tears. i feel so useless. 3.33 je weyh. UPS yang lepas aku dpt 3.40. but for the semester 2 UPS aku cuma dapat 3.33 je? aku rasa takda harapan.

aku terus nangis macam budak kecil yang sesat kat shopping complex. i tried to relax but i just can't. i keep on crying on the result. aku capai phone and message my mom. but then she said eveything gonna be okay dokey diet cokey. but then i still crying while typing the messages. she said, do i want her to come over at KMJ? but then i still pretend that everything is okey dokey and diet cokey. pretending is super me. pretending everything is just okay when everything is going upside down. i keep on crying until i feel like stopping.

i stop crying and look forward. because i know, to be someone i have to be brave in facing the fails. the fails that would make me somebody in forward.