Tuesday 9 December 2014

pspm results going to be release tomorrow!!

woi orang kampung!!! esok results pspm 1 release woii!!
padahal takde kampung pun. wkwk

hahaha. alahaii. matilanakkkk oiii. esok results pspm1 pulakk kluar daa. tapi aku tak letak harapan apa apa pun kat sem 1. aku tau betapa tunggang langgangnya hidup aku sem lepas. macam survival da. haahha.



ni semua antara muka muka yang bakal dapat results esok ni. 
cuak takk??

nvm babes and dudes. anything happen, we'll face it together ok?? let's prepare for the worst and hope for the best ok??

memandangkan results diberi lepas habis kelas, harap harap takde orang laa yang tibe tibe demam or lupa jalan nak g kelas esok ye. yang paling penting, jangan lupa bernafas dudes. nervous, nervous gak. tapii try to relax. jangan gelabah sangat sampai fikiran melayang kemana mana mase kelas esok. fokus fokus FOKUS.

aku tau semua orang dah buat yang terbaik masa pspm lepas. and ofc semua orang pun harapkan yang terbaik untuk results. but then, percaya pada percaturan allah tuu lebih baik. sebab kadang kadang..

                               "Allah sembunyi kan matahari. Dia datang kan guruh dan hujan. 
                                 tapi bersabarlah. kerana selepas beraraknya awan hitam, Allah 
                                               berikan kehadiran pelangi yang indah.."

sebab sabar tuu indah jika kita nikmati. ibarat masa kau nak makan lollipop laa senang cerita kalau nak cerita pasal berkat kesabaran ni. mula mula kau kena bukak plastik lollipop tuu. tapi adatlah lollipop, ada plastik yang senang nak bukak tapi ada jugak plastik yang susah nak bukak. tapi at last, tak kira laa berapa lama or berapa banyak lollipop yang kau try bukak, akhirnya mesti ada satu yang kau berjaya bukak kan?? so, itu laa masa yang paling best sebab masa tuu, kau da boleh rasa kemanisan tuu.

macam tuu laa jugak dengan sabar. kalau kau sabar dengan segalanya dugaan dan perjalanan yang dah ditetapkan untuk kau, suatu hari nanti, mesti kau akan rasa bahagia jugak. no worries sayang sayang ku sekalian. all is well bak kata omputih.

apa-apa pun, kita doakan lah yang baik baik je. sebab doa tuu power tau.
mohon doakan yang terbaik untuk semua..

adios.


Friday 5 December 2014

kerana aku hanyalah seorang insan : hati yang terluka

assalam..

pernah tak korang rasa korang dikhianati walaupun orang yang kau sayang tuu tak pernah tahu pun tentang keweujudan kau??

mungkin aku da tersilap langkah sejak dari awal lagi
mungkin aku yang terlalu meminati tanpa aku sedar aku da pun terjatuh
mungkin aku yang terlalu berangan-angan tentang kewujudan nya sebuah persilangan takdir

tapi..
aku hanya lah seorang manusia biasa
aku tak mampu menegah sesuatu yang tak pernah aku undang kehadiran nya
rasa senang dalam hati sememangnya hanya lah satu permainan perasaan yang tak pernah aku mahukan
permainan perasaan yang ada naik dan turun nya

mungkin ada ketikanya aku alpa dengan pengalaman lalu
beberapa kali terjunam tanpa mengambil iktibar yang sepatutnya
mungkin meraka akan berkata

"apa yang kau susahkan sangat?? banyak lagi kat luar tuu. lagi pun taraf kita ngan dia memang jauh gila"

ataupun..

"weyhh. berangan je laa. impossible untuk kau dapat dia. setakat minat boleh laa"

atau mungkin juga..

"ehh?? dia ramai peminat laa. kau tuu cuma salah satu peminat dia yang tak pernah dia tahu kewujudan tau"

tapi...
arghh. susah bila berbicara soal hati
kau takkan pernah faham apa yang ada dalam hati seseorang sungguh pun kau benar-benar mengenalinya
kerana dalam setiap hati, ada tersoroknya satu kotak simpanan rahsia yang terlalu rahsia
rahsia dan konflik yang tak akan kau pernah fahami walaupun digali
biarlah ianya menjadi sebuah rahsia yang lengkap tersimpan rapi
kongsian hati dan penciptanya..

mungkin....
da tiba masanya untuk aku membuka mata dan membuang semua 'buku-buku' lama
sudah tibanya masa untuk aku turn on the new leaf bak kata omputih
kerana setiap yang bermula itu pasti ada pengakhirannya
begitu juga lah dengan sebuah kisah
sebuah kisah yang hanya aku fahami sehingga kini

mungkin ada baiknya aku menjadi seperti dahulu..
meminatinya kerana lawak-lawak nya..
bukan nya mengambil tahu tentang semua hal peribadi dan gerak-gerinya...

aku yang bersalah
kerana membenarkan hal yang serupa terjadi sebanyak 2 kali dalam sejarah hidup aku

(mungkin lebih sesuai kalau aku cakap berkali-kali)

kerana aku belum mempelajari setiap kesilapan yang pernah aku lakukan dulu
setiap liku-liku kehidupan yang penuh dengan segala kerikil dan duri yang kejam 
walaupun aku berhati-hati, pernah juga aku tersilap dalam membuat perkiraan sendiri

kerana aku hanyalah seorang insan biasa...


aku akan menjadi normal semula.

let the time sweep everything away..

biar semua berlalu~
biar sakitnya sembuh~~

#MNZA #jep 


kawan..
dengarkanlah ini cerita..
titipkan pesanan kepada hatimu..
jangan pernah biarkan ia terluka oleh kesilapanmu sendiri..

adios..




kehidupan baru : matrik

halooooo..

rasa macam da lama sangat tak berusik blog ni. last update mse cuti-cuti SPM je kot. hehe. lama sangat da tuu sebenarnye. kalau kucing mengandung pun, anak dia da pandai cari makan sendiri da kot. hehe. mengada je nak ber'umpama' pulakk.




so, these are my new classmates!!

takde laa baru sangat sebenarnye. da masuk second sem da ni. actually da masuk last semester da pun. kmj punya produk maaaa. lai laii. 

sekejapnye rasa nya kat matrik ni. tup tup da last semester. haishhh. and aku still lagi tak sedar-sedar diri lagi da tua bangka. approximately lagi sebulan nak masuk 19 da. walawei. pastu 20 pulakk. aduhhhh. da 2 series pulak nanti. masa tak pernah berhenti apatah lagi berundur. umur sentiasa meningkat dari satu tahap ke satu tahap yang lain. tanpa ada chance untuk pause or undur setapak, redah je laa apa susahh. hahaha

so anggap je laa post kali ni sebagai satu hebohan yang aku da masuk ke stage kehidupan yang baru. stage yang baru yang bakal menjadi lebih baru bila aku da abes matrik ni.

adios..