Monday 21 December 2015

aku kau

Kau tahu dia ada
Dia sentiasa ada.

Tapi jauh
Jauh untuk kau gapai
Jauh untuk kau menapak mendekati.

Jurang yang memisah terkadang terlalu nipis
Terlalu dekat
Tapi kau tahu kau siapa.

Siapalah aku
Kau tak mungkin mampu melihat
Apatah lagi merasai sebuah kehadiran
Walau sedetik dalam tika waktu.

Siapalah aku
Bilamana ku tahu realiti
Wujudnya jauh infiniti
Aku hanya mampu duduk menghayati
Sebuah figura yang selalu menghantui
Kotak fikiran di saban hari.

Wednesday 29 July 2015

11th august??

salam..

11th august makin dekat. errrrrmmakin susah aku nak tido. haiyahhh.

apa? result upu laa. so attention to all ex student of matriculations, assasians and stpm, rajin rajin laa menjenguk email and laman web upu starting from 11th of august. jgn sampai terlepas peluang sambung belajar pulak. bak kata orang, selagi boleh belajar, belajarlah. kalau tak boleh belajar, keje dulu. tapi lepas tu kalau boleh, sambung belajar.

TUNTUTLAH ILMU SAMPAI KE ZIMBABWE
ehh tak. hingga ke negeri china :D

so, sambil-sambil tuu rajin rajin la jugak mohon biasiswa yg ada. yg mcm sipi-sipi nak lepas tuu pun, try je mohon. mana laa tau kalau-kalau rezeki kat situ kan? mohon je apa-apa. try the best laa kalau dia suruh buat resume, essays on your career/life planning etc. google je apa-apa untuk rujukan. tapi jgn laa sampai copy paste hak cipta orang lain punya. kang tak pasal-pasal hak cipta tangan orang tuu berbekas kat pipi korang pulak.

thus, ni sume links yg patut selalu dijenguk dan dilawati. bukan setakat raya je kena g melawat rumah sedara sedari depan belakang atas tepi belakang rumah korang tuu. links kat bawah ni pun kena laa rajin-rajin diusha serta diusaha.





  1. JPA: http://esilav2.jpa.gov.my/ 
  2. MARA: http://www.mara.gov.my/biasiswa-/-pinjaman-pelajaran
  3. UEM: http://www.uem.com.my/social/scholarship.html
  4. Sime Darby: http://www.simedarby.com/
  5. SCM : http://www.sc.com.my/
  6. TNB: http://yayasan.tnb.com.my/sam/
  7. TM: http://ytm.tm.com.my/
  8. PNB: http://www.pnb.com.my/
  9. Shell: http://www.shell.com.my/
  10. Yayasan Pelajaran Mara: http://jadypm.edu.my/
  11. JAKIM: http://www.islam.gov.my/
  12. Biasiswa Tunku Abdul Rahman?www.yayasantar.org.my
  13. Felda Johore Bulker Sdn Bhd?www.feldaholdings.com
  14. Jabatan Perkhidmatan Awam Negeri Sabah ?www.sabah.gov.my/jpan
  15. Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri Sarawak?www.psc.sarawak.gov.my
  16. Biasiswa Kerajaan Negeri Sabah?www.biasiswa.sabah.gov.my
  17. Majlis Agama Islam Dan Adat Melayu Perak Darul Ridzuan?www.maiamp.gov.my
  18. Pinjaman Pelajaran Kerajaan Negeri Perak? www.perak.gov.my
  19. Majlis Agama Islam Negeri Johor? www.maij.gov.my
  20. Pinjaman Pelajaran kerajaan Negeri Selangor ?www.selangor.gov.my
  21. Tabung Amanah Pendidikan Negeri Melaka (TAPEN )?tapem.melaka.gov.my
  22. Gamuda Berhad? www.gamuda.com.my?
  23. Jabatan Kebajikan Masyarakat Wilayah Persekutuan?www.jkmwpkl.gov.my
  24. Kumpulan Wang Simpanan Pekerja?www.kwsp.gov.my
  25. Lembaga Zakat Selangor?www.e-zakat.com.my
  26. Bank Rakyat Malaysia Berhad? www.yayasanbankrakyat.com.my
  27.  Pusat Zakat Sabah?www.zakat.sabah.gov.my
  28. Yayasan Negeri Sembilan?www.yns.gov.my
  29. Skim Biasiswa National Science ?www.masduke.net/download/nsf.doc
  30. Kementerian Sains, Teknologi Dan Inovasi Malaysia?www.mosti.gov.my
  31. Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO )?www.perkeso.gov.my
  32.  Sarawak Shell Berhad?www.shell.com.my
  33. Sapura Industrial Berhad?www.sapuraindustrial.com.my
  34. Terengganu Advanced Technical Institute?www.tatiuc.edu.my
  35. Yayasan Felcra?esistem felcra.com.my/yayasan/?index.html
  36. Yayasan Pahang?www.yp.org.my
  37. Yayasan Sabah?www.ysnet.org.my
  38. Yayasan Selangor?www.yayasanselangor.org.my
  39. Yayasan Tenaga Nasional Berhad?yayasan.tnb.com.my
  40. Yayasan Kelantan Darulnaim (YAKIN )?www.yakin.kelantan.gov.my
  41. Yayasan Terengganu?www.ytrg.terengganu.gov.my
  42. Yayasan Pelajaran Johor (YPJ )?www.johordt.gov.my/ypj
  43. Yayasan Biasiswa Sarawak Tunku Abdul Rahman: www.yayasansarawak.org.my/form/TAR.pdf


perhatian : terdapat biasiswa yang menanggung hanya setahun sahaja, bermakna hanya 1 sidang, maka biasiswa tersebut perlu diperbaharui untuk setiap sidang. contoh, biasiswa negeri

: terdapat biasiswa yang fokus terhadap bidang - bidang tertentu seperti biasiswa maybank yang hanya menyasarkan kos perbankan dan management serta pengurusan, mohon baca terma sebelum apply

: biasiswa MARA sudah berubah kepada pinjaman boleh ubah, bermakna jika anda boleh maintain kan result first class degree baru ia akan berubah kepada biasiswa penuh jika tidak anda perlu bayar kembali

: perhatian kepada pemohon biasiswa JPA, tiada temuduga untuk biasiswa PIDN (Program Ijazah Dalam Negara ) anda akan diberitahu di portal esilav jika anda berjaya.


credit to luqman hasan owner of http://luqmanextream.blogspot.com/. even date of these post on his blog mcm da lame tapi those links still boleh guna lagi.

apa-apa pun best of luck guys and girls. may the best choices would be ours. uhuk uhukkkk.

adios. assalam

Tuesday 28 July 2015

RAYAAAAAAAAQILAH ;D

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI MAAF ZAHIR DAN BATIN

haha. nmpak mcm da lambat sangat kan? tapi takpe. kata org, better late than never. tapi kalau boleh be punctual laa ye. jgn asyik nak late aje. contoh nye, bgn pagi jgn sampai ter'miss' class.

gulp. i ckp pasal i laa yg pasal miss class tuu. bukan ngutuk sape-sape pun.

so, actually sejak-sejak da abes zaman matrik ni, da start keje as a cashier da kat giant leisure mall. tapi part time je laa. tak sanggup rasa nya nak amek full time. matilaaanaak kalau jadi full time cashier. keje weekend je pun, penatnye masyaallah... especially bila hari ahad. costumers punya bayak jangan tanya laa. every counters queue tau. masa tuu mmg kalau costumer tanye apa-apa, usually i'll just either say 'yes', 'no', 'thank you' or 'i'll get the supervisor. plis wait a moment'. hahaha. muka mmg tak bleh nk fake senyum da kalau da penat sangat kecuali kalau costumer tu baik gila or handsome gila nak mati hikhiks gurau je laa. 

not bad laa keje sbnrnye. ok je. kakak-kakak cashier pun baik-baik. tak seteruk yg aku imagined kot. i could meet up with many kind of people there, serving costumers with thousands of characters and kerenah all over here and there etc. i get to know how to pack things haha! lol. pack things?? lol. nmpk sgt aku takde nk ckp apa sebenarnya. seriously hambar k?

so sebelum aku melalut jauh sampai ke dasar laut china selatan, better kalau aku stop typing all these nonsense.

apa-apa pun, SELAMAT MENYAMBUT SYAWAL YANG MULIA. ANDA MAMPU MENGUBAHNYA. <--- fusion on ads raya n jalan raya. kbye

adios, assalamualaikum.

Wednesday 25 March 2015

sabarlah wahai hati

suka..
hati satu kata
kata yang mampu dibentuk dengan pelbagai cara
juga membawa seribu makna.

tapi
kepelbagaian yang dibawa
kekadang menyulitkan insan
ibarat benang yang tersimpul rapi
cuba untuk meleraikan
bukan untuk memutuskan.

sulit
memang begitulah caranya
kesakitan yg dirasai bagaikan rutin
ikatan masih cuba dileraikan 
walau gunting dihulurkan
untuk memudahkan.

tapi apakan daya
insan hanyalah insan
masih setia walau dirobek hatinya
walau ditoreh tanpa direla
kerana itu lah yang memberi makna.

tapi percayalah
suatu saat nanti
bila sudah tiba waktunya
bila sudah didengar serunya
dia akan kembali
kembali seperti sedia kala
menjalani norma kehidupan seorang insan.

kerana sekarang
dia masih mencari
mencari jalan keluar kesengsaraan
yang kau anggap "sejati"
sukanya mungkin mampu hayati
tapi lukanya belum tentu mampu engkau telusi.

kerana sekarang
aku masih terus mencari
bagaikan seorang anak kecil
yang tersesat saat berjalan sendiri
mencari sinar, meninggalkan sirna
yang kian merosakkan hati.

berdoalah aku agar terus utuh hingga ke akhirnya.


sabarlah wahai hati.
tiada daya selain Dia.
ingatlah hati mu milik Dia.
jangan tersilap memberi.
jangan sehingga sukar diubati.
jagalah dengan seupayamu
hinggakan ke detik yang terakhir.. 

Wednesday 4 March 2015

facing the fails

patah balik masa 2 march 2015.

result UPS semester 2 keluar. perjuangan terakhir untuk UPS di matrikulasi, before face the final PSPM laa. entah laa. masa hari tuu, aku tak rasa apa pun. debar pun tak. aku bangun macam biasa. makan macam biasa. semua macam biasa. aku rasa biasa. masa tunggu giliran nak ambil result, aku relax gilaa kot. tak rasa apa pun.

tapi macam biasa laa. setiap kali aku rasa relax masa ambil result, mesti ada something buruk yang berlaku. result aku turun. aku cuma dapat A untuk physics je. B+ untuk math and biology. B- untuk chemist. pointer cuma manage dapat 3.33. the killer subject dari zaman samura lagi, chemistry. haishh.

at first aku ok je. aku jalan macam biasa menuju ke arah blok kediaman aku, blok D al-razi. sampai kt tgh jln tiba-tiba aku rasa lain macam, aku lajukan langkah ke arah bilik aku. naseb baik tingkat satu je. sampai bilik, aku settle down. pandang locker, and for suddenly i broke into tears. i feel so useless. 3.33 je weyh. UPS yang lepas aku dpt 3.40. but for the semester 2 UPS aku cuma dapat 3.33 je? aku rasa takda harapan.

aku terus nangis macam budak kecil yang sesat kat shopping complex. i tried to relax but i just can't. i keep on crying on the result. aku capai phone and message my mom. but then she said eveything gonna be okay dokey diet cokey. but then i still crying while typing the messages. she said, do i want her to come over at KMJ? but then i still pretend that everything is okey dokey and diet cokey. pretending is super me. pretending everything is just okay when everything is going upside down. i keep on crying until i feel like stopping.

i stop crying and look forward. because i know, to be someone i have to be brave in facing the fails. the fails that would make me somebody in forward.

Sunday 22 February 2015

keputusan hidup

tau tak keputusan apa yg paling susah untuk dibuat dalam hidup?

mesti lah keputusan untuk kehidupan kau.

contohnya nak apply universiti mana, COUSE APA..

hah. dan itulah yang aku hadapi skrg. punya lah payah nak pikir sampai cuti CNY ni aku habeskan masa depan laptop je, pikir pasal permohonan upu. nak short-list course lagi. payah weyhh sebenarnya. lagi-lagi kalau spesies yang macam aku ni. dah laa takde cita-cita. hidup ikut flow jee.

tapi kalau hidup ikut flow jee pun, tak semestinya kau kau tak perlu pikir tau. at least da kena pikir arah tujuan hidup kau tuu ke arah apa. subjek apa yang paling minat. kerja apa yang kau sanggup buat. kau suka persekitaran kerja yang macam mana. sebab at the end, kau sendiri yang kena survive dengan degree yang kau pegang tuu.

so even kau spesies yang macam aku (follow the flow), kau tetap kena aim something yang kau betul-betul minat. start dari subjek yang belajar sampailah cara kerja yang kau suka.

kalau macam aku, aku rasa subjek yang setakat ni konsisten. physics kot. selain daripada maths laa. and aku jenis manusia yang tak suka serabut-serabut. tak suka panas. suka benda organise depan mata. kurang dari segi interaksi dengan orang lain.

so, at last, aku decide to go on biomedical science. tuu pilihan pertama laa. second, farmasi. sebab aku rasa kerja dia menarik. tengok list subjek pun boleh tahan jugak. and third would be engineering. specifically on aeronautik laa. sebab aku suka kapal terbang. aku rasa nak explore lagi tentang kapal terbang.

kalau ada rezeki kat mana-mana, doa-doa lah dapat. da penat da aku penat and mengisi borang upu jadah bagai ni. tapi aku harap-harap sangat course yang aku dapat nanti, betul-betul sesuai dengan jiwa aku. supaya nanti aku tak rasa menyesal and berat masa belajar and importantly masa kerja nanti. sebab kerja, kita tak tau sampai bila kan. mungkin sampai tua. so, harap-harap lah dapat something yang betul-betul suits dengan jiwa aku. insya allah



ni selingan je ni. tergelak-gelak aku sorang-sorang dalam bilik masa pikir pasal upu.
ni smua gara-gara lawak-lawak diaorg ni. haha

adios

Thursday 19 February 2015

keindahan yang lalu di depan mata

tahu tak bila masa yang buat kau rasa betul-betul rasa down dalam sesuatu yang kau perjuangkan?

bila kau tahu kau akan kalah sebelum bertanding.



tapi sebab apa kau tak teruskan perjuangan kau tu? biar kalah bermaruah.

sebab kau tahu perjuangan kau tuu memang semata-mata sia-sia. jadi buat apa perjuangkan dan bazirkan masa kau untuk sesuatu yang terang-terang merugikan kau kan? 



aku da tahu semua tuu. aku dah faham semua tuu. tapi aku masih tak faham lagi kenapa aku masih kecundang dan terus mengalirkan sesuatu yang sudah pasti sia-sia setiap kali nampak benda yang sama depan mata.

mungkin sebab aku tak pernah nak belajar dari kesilapan. aku tak serik. atau mungkin juga aku belum nak mengaku kalah walaupun aku tau kat hujung nanti aku tetap akan kalah dan meneruskan langkah perseorangan.

mungkin orang lain takkan faham. tipu lah kalau kawan aku cakap dia faham aku. sebab aku sendiri pun tak faham aku. jadi, macam mana orang lain boleh kenal aku kan? tak logik.

dunia. tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. kadang-kadang yang pergi tak diduga dan yang datang tak dijangka. mungkin yang datang kemudian tuu tak sehebat yang sebelumnya. tapi mungkin juga kekurangan yang ada tuu sebenarnya lebih melengkapkan diri kau yang sebenarnya. sebab bagi aku melengkapkan tuu tak sama dengan menyempurnakan. kesempurnaan yang ada tanpa konsep melengkapkan, sebenarnya sesuatu yang 'lebih' tapi 'kurang'. mungkin cukup sempurna pada mata insan tapi tiada timbul sifat melengkapkan untuk diri kau sendiri.

macam tuu laa jugak apa yang aku cuba sampaikan. mungkin aku terlalu mencuba untuk menjadi yang sempurna sehinggakan aku terlepas semua keindahan yg pernah lalu di depan mata. keindahan yang tak pernah aku hiraukan walau seketika.

kerana aku hanyalah insan. dan banyak lagi yang belum aku belajar apa itu kehidupan.


keindahan yang lalu di depan mata

"jangan pernah lepaskan semua keindahan yang lalu di depan mata meskipun 
hanyalah satu persinggahan buat sementara"

adios

Saturday 24 January 2015

talam bermuka infiniti


terima kasih sebab kau dah pernah ajar aku benda yang tak pernah aku kenal sebelum ni. 

makin lama aku kenal kau, makin aku kenal apa itu sebenarnya talam dua muka. bukan setakat dua muka, bermuka-muka laa senang cerita. dia ibarat decagon yang ada 10 surfaces. macam tuu laa jugak kau agaknya. atau mungkin kau ibarat diamond?? diamond yang mungkin ada infinity surfaces yang bertujuan hanya untuk memaksimumkan reflection of light dan seterusnya menghasilkan kilauan yang pelbagai.

sekali terkena, aku masih boleh terima lagi. tapi aku tak bodoh dan bendul untuk tertipu mentah-mentah dengan kebaikan yang dihidangkan di depan mata. sebab aku tak nak membazir masa mengulangi kesilapan. mungkin kau tak sedar atau mungkin juga insan yang lain belum masak dengan lakonan 'mantap' kau tuu. tapi aku bukan mereka. sebab aku dah mula nampak siapa kawan dan siapa sahabat.

kawan.
selalu ada bila gembira. teman kau mungkin sepanjang masa.
tapi at certain point, bila mana kau perlu kan 'kawan' kau tuu, dia akan cuba create 1001 alasan untuk melepaskan diri.
mungkin juga dia hanya sekadar memujuk kau untuk bertenang di kala kau keresahan dan kegelisahan yang teramat kerana kau kehilangan sesuatu yang berharga.
walau kau cuba untuk jadi sahabat yang terbaik, kau mungkin akan rasa yang dia hanya mempergunakan kau di saat dia memerlukan.

tapi sahabat..
dialah yang sanggup tolong kau di kala tiada siapa yang menawarkan diri untuk membantu kau.
dia yang sanggup bersiap dengan segera bila kau memerlukan pertolongan di saat yang mencemaskan.
dan dialah yang kau mungkin tak expect untuk datang di saat kau kesusahan.

betul laa kata orang. penampilan tak 100% menggambarkan peribadi individu. penampilan yang baik tak semestinya membawa peribadi yang utuh yang dipacak pada dasar yang kukuh.

dan betul lahh tekaan aku. sahabat tuu sebenarnya tak pernah mengira batas kaum mahupun agama. sebab kini aku mulai mengerti segalanya.

terima kasih sebab sudi mengenalkan aku apa itu 'talam' sebenarnya.


"don't let someone be priority in your life,
when you're just an option in their life.."

and yes, i won't make the same mistake again, friend.

assalamualaikum.
adios..