Friday 5 December 2014

kerana aku hanyalah seorang insan : hati yang terluka

assalam..

pernah tak korang rasa korang dikhianati walaupun orang yang kau sayang tuu tak pernah tahu pun tentang keweujudan kau??

mungkin aku da tersilap langkah sejak dari awal lagi
mungkin aku yang terlalu meminati tanpa aku sedar aku da pun terjatuh
mungkin aku yang terlalu berangan-angan tentang kewujudan nya sebuah persilangan takdir

tapi..
aku hanya lah seorang manusia biasa
aku tak mampu menegah sesuatu yang tak pernah aku undang kehadiran nya
rasa senang dalam hati sememangnya hanya lah satu permainan perasaan yang tak pernah aku mahukan
permainan perasaan yang ada naik dan turun nya

mungkin ada ketikanya aku alpa dengan pengalaman lalu
beberapa kali terjunam tanpa mengambil iktibar yang sepatutnya
mungkin meraka akan berkata

"apa yang kau susahkan sangat?? banyak lagi kat luar tuu. lagi pun taraf kita ngan dia memang jauh gila"

ataupun..

"weyhh. berangan je laa. impossible untuk kau dapat dia. setakat minat boleh laa"

atau mungkin juga..

"ehh?? dia ramai peminat laa. kau tuu cuma salah satu peminat dia yang tak pernah dia tahu kewujudan tau"

tapi...
arghh. susah bila berbicara soal hati
kau takkan pernah faham apa yang ada dalam hati seseorang sungguh pun kau benar-benar mengenalinya
kerana dalam setiap hati, ada tersoroknya satu kotak simpanan rahsia yang terlalu rahsia
rahsia dan konflik yang tak akan kau pernah fahami walaupun digali
biarlah ianya menjadi sebuah rahsia yang lengkap tersimpan rapi
kongsian hati dan penciptanya..

mungkin....
da tiba masanya untuk aku membuka mata dan membuang semua 'buku-buku' lama
sudah tibanya masa untuk aku turn on the new leaf bak kata omputih
kerana setiap yang bermula itu pasti ada pengakhirannya
begitu juga lah dengan sebuah kisah
sebuah kisah yang hanya aku fahami sehingga kini

mungkin ada baiknya aku menjadi seperti dahulu..
meminatinya kerana lawak-lawak nya..
bukan nya mengambil tahu tentang semua hal peribadi dan gerak-gerinya...

aku yang bersalah
kerana membenarkan hal yang serupa terjadi sebanyak 2 kali dalam sejarah hidup aku

(mungkin lebih sesuai kalau aku cakap berkali-kali)

kerana aku belum mempelajari setiap kesilapan yang pernah aku lakukan dulu
setiap liku-liku kehidupan yang penuh dengan segala kerikil dan duri yang kejam 
walaupun aku berhati-hati, pernah juga aku tersilap dalam membuat perkiraan sendiri

kerana aku hanyalah seorang insan biasa...


aku akan menjadi normal semula.

let the time sweep everything away..

biar semua berlalu~
biar sakitnya sembuh~~

#MNZA #jep 


kawan..
dengarkanlah ini cerita..
titipkan pesanan kepada hatimu..
jangan pernah biarkan ia terluka oleh kesilapanmu sendiri..

adios..




1 comment: