Thursday 19 February 2015

keindahan yang lalu di depan mata

tahu tak bila masa yang buat kau rasa betul-betul rasa down dalam sesuatu yang kau perjuangkan?

bila kau tahu kau akan kalah sebelum bertanding.



tapi sebab apa kau tak teruskan perjuangan kau tu? biar kalah bermaruah.

sebab kau tahu perjuangan kau tuu memang semata-mata sia-sia. jadi buat apa perjuangkan dan bazirkan masa kau untuk sesuatu yang terang-terang merugikan kau kan? 



aku da tahu semua tuu. aku dah faham semua tuu. tapi aku masih tak faham lagi kenapa aku masih kecundang dan terus mengalirkan sesuatu yang sudah pasti sia-sia setiap kali nampak benda yang sama depan mata.

mungkin sebab aku tak pernah nak belajar dari kesilapan. aku tak serik. atau mungkin juga aku belum nak mengaku kalah walaupun aku tau kat hujung nanti aku tetap akan kalah dan meneruskan langkah perseorangan.

mungkin orang lain takkan faham. tipu lah kalau kawan aku cakap dia faham aku. sebab aku sendiri pun tak faham aku. jadi, macam mana orang lain boleh kenal aku kan? tak logik.

dunia. tak semua yang kita nak, kita boleh dapat. kadang-kadang yang pergi tak diduga dan yang datang tak dijangka. mungkin yang datang kemudian tuu tak sehebat yang sebelumnya. tapi mungkin juga kekurangan yang ada tuu sebenarnya lebih melengkapkan diri kau yang sebenarnya. sebab bagi aku melengkapkan tuu tak sama dengan menyempurnakan. kesempurnaan yang ada tanpa konsep melengkapkan, sebenarnya sesuatu yang 'lebih' tapi 'kurang'. mungkin cukup sempurna pada mata insan tapi tiada timbul sifat melengkapkan untuk diri kau sendiri.

macam tuu laa jugak apa yang aku cuba sampaikan. mungkin aku terlalu mencuba untuk menjadi yang sempurna sehinggakan aku terlepas semua keindahan yg pernah lalu di depan mata. keindahan yang tak pernah aku hiraukan walau seketika.

kerana aku hanyalah insan. dan banyak lagi yang belum aku belajar apa itu kehidupan.


keindahan yang lalu di depan mata

"jangan pernah lepaskan semua keindahan yang lalu di depan mata meskipun 
hanyalah satu persinggahan buat sementara"

adios

No comments:

Post a Comment